Cuaca buruk seperti ribut dan hujan batu dikatakan telah melanda beberapa kawasan di News South Wales (NSW) sehingga telah mengakibatkan berlakunya kerosakan harta benda serta menjejaskan keselamatan penduduk setempat.
Berikutan dengan kejadian itu, pengguna media sosial telah berkongsi beberapa foto dan video memaparkan hujan batu yang melanda di kawasan tempat tinggal mereka dan ianya sekaligus telah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.
Rosakkan harta benda, cermin kereta
Golf-ball sized hailstones rain down on parts of southeastern Australia.
The white balls of ice were large enough to smash car windows and injure birds: https://t.co/LcFk150dxG pic.twitter.com/sTMXoQ0UYo
— CNN International (@cnni) January 20, 2020
Menerusi laporan CNN, sebahagian kawasan di tenggara Australia dikatakan telah dilanda ‘hujan batu’ yang saiznya sebesar bola golf. Cuaca teruk ini bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk setempat malah telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda termasuklah cermin-cermin kenderaan pecah ekoran daripada kejadian itu.
Hujan batu bersaiz bola golf
The thunderstorm rolled in and out here in Melbourne Australia accompanied by the largest hailstones I've ever seen. Unbelievable!!! ? pic.twitter.com/PW3smV3Q0d
— Flora Sciarra (@FloraSciarra) January 19, 2020
Susulan daripada kejadian ini, Biro Meteorologi Australia memberitahu hujan batu yang melanda kini sedang menuju ke arah timur bandar-bandar di Sydney, Wollongong dan Newscastle. Mereka turut memaklumkan bandar-bandar tersebut kemungkinan akan mengalami cuaca angin yang kuat, hujan batu yang teruk dan akan berdepan dengan cuaca hujan lebat.
Tidak cukup dengan itu, lebih daripada 1,000 rumah di Florey, Griffith, Deakin dan Kambah termasuk kawasan pinggir bandar di seluruh wilayah telah mengalami gangguan bekalan elektrikk.
Berlaku di kawasan Canberra
Much of Australia’s east coast is bracing for an afternoon of severe weather, after Canberra was hammered by hailstones the size of golf balls on Monday afternoon. https://t.co/Yp9DAzAECG #7NEWS pic.twitter.com/uVLjjg5DQU
— 7NEWS Sydney (@7NewsSydney) January 20, 2020
More weather from Australia pic.twitter.com/rZk2ZTLROo
— Robert Lanfear (@RobLanfear) January 20, 2020
Mungkin berlaku hujan batu ‘gergasi’
Hail in Glen Iris 4.15pm #melbourne pic.twitter.com/g0SEy6dV3i
— kmac (@macqueeeen) January 19, 2020
Dalam keadaan cuaca yang seperti ini pihak biro mengambil kesempatan untuk menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi segala arahan keselamatan daripada pihak berkuasa.
Mereka juga turut memperingati ibu bapa supaya memastikan anak-anak berada di dalam rumah dan tidak berada dekat dengan tingkap. Sentiasa menutup dan mencabut plug peralatan elektrik supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Kacau-bilau di atas jalan raya
— Tom Swann (@Tom_Swann) January 20, 2020
Sumber: Daily Mail, CNN, 7News Sdyney, Robert Lanfear, Macqueen, Tom Swann, Flora Sciarra