Meskipun sibuk naik turun mahkamah berikutan pertuduhan salah guna dana awam, personaliti media sosial, Alif Teega dan isterinya iaitu Aisyah Hijanah tidak lupa untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Hassan, semalam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega Kongsi Momen ‘Sweet’ Berniaga Bersama, Dakwa Tak Tahu Aisyah Hijanah Fail Cerai? – ‘Dapat Mana Berita Itu?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Seandainya Kita Mengikhlaskan Setiap Apa Yang Berlaku Dalam Hidup, Pasti Kita Akan Tenang’ – Alif Teega
Terus rushing balik
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Alif berkata, dia dan isteri terpaksa bergegas pulang ke rumah dari mahkamah berikutan mahu menyambut ulang tahun kelahiran yang kedua anak mereka.
Menurut Alif, dia tidak sempat melakukan sebarang persiapan sebelum ini. Oleh sebab itu, dia bertindak untuk membeli kek dan baju Spiderman buat anaknya itu.
Alhamdulillah selesai urusan pagi tadi Alif dan Aisyah terus rushing sebab hari ni hari jadi Hassan. Sempatlah belikan hadiah baju spiderman.
Dia memang suka sungguh dengan spiderman haha. Dah 2 tahun dah Hassan ni. Doakan moga dia jadi anak yang baik, anak yang soleh. hamba yang taat InsyaAllah.
Selain memuat naik video, Alif turut menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya itu.
Buat Hassan, Daddy sayangkan Hassan. Terima kasih menceriakan hari-hari daddy dan mummy.
Video
View this post on Instagram
Terdahulu, Alif dan Aisyah mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan salah guna dana awam.
Pasangan itu membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Sumber: Alif Teega