berita

[VIDEO] Sembang Dengan Budak Nigeria, Sekali Dia Buka Mulut..Fasih Macam Orang Malaysia!

January 13th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial mengenai kepetahan dua orang kanak-kanak yang berasal dari Nigeria fasih berbicara dalam Bahasa Malaysia. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon positif dari netizen yang rata-ratanya memuji kecomelan dan kebijaksanaan kanak-kanak ini.

Fasihnya…

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Aliffshanusi memaparkan dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dikenali dengan nama Zainuddin dan Musina berada di dalam sebuah masjid. Aliff yang turut berada di situ telah mengambil kesempatan untuk berbual dengan dua beradik ini.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah kepetahan kanak-kanak ini bercakap dalam Bahasa Malaysia. Boleh dikatakan lenggok dan loghatnya sama macam orang Malaysia bercakap, power lah! Berdasarkan perbualan tersebut, kanak-kanak itu dipercayai bersekolah di UIA walaupun begitu tidak dapat dipastikan nama sekolah tersebut.

‘Macam alih suara’

Video pendek berdurasi 0:45 saat itu telah mendapat sebanyak 112k tontonan dan 7k tanda suka. Malah kebanyakan netizen terhibur melihat telatah spontan kanak-kanak ini.

Sumber: Aliffshanusi

SKIP THIS AD ×