Berat mata memandang. berat lagi bahu memikul itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan ketabahan seorang wanita dikenali sebagai Nurul Zati dalam membesarkan anaknya yang berusia tiga bulan. Anaknya itu, menghidap penyakit Holoprosencephaly (kecacatan tempurung kepala) dan sumbing di bahagian hidungnya.
Lagi menyedihkan, apabila segala momen-momen membesarkan anaknya dikongsi menerusi laman TikTok miliknya. Perkongsiannya di laman tersebut, membuatkan netizen berasa sebak dan simpati akan nasib yang menimpa anaknya itu.
Anak syurga ibu
Ibu kepada dua cahaya mata ini, begitu tabah membesarkan anaknya yang dikenali sebagai Mohammad Bilal Yusra yang dilahirkan tidak normal seperti bayi lain. Menerusi video yang dikongsi, menceritakan rutin hariannya dalam menjaga anaknya ini. Anaknya akan diberi susu setiap dua jam sekali menggunakan tiub khas yang terus disalurkan ke mulut anaknya.
Namun, apa yang lebih merisaukan apabila dia berkongsi satu video lain di mana kadar pernafasan anaknya tidak normal seperti biasa. Jelas si ibu lagi, jika anaknya dibedah ia akan memberi risiko terhadap anaknya itu. Pada masa yang sama, wanita ini meminta jasa baik daripada netizen supaya terus mendoakan anaknya supaya kembali sihat seperti biasa.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan supaya si ibu tabah dengan ujian ini, dan anaknya kembali sihat seperti sedia kala.
Ketabahan seorang ibu
@zatiewiyah97hari2 camni la walid tukaq tube untuk minum susu ??? original sound – velyndry
@zatiewiyah97ummi is kuat untuk anak syurga ummi ni ??? bunyi asal – Nazrien Kifli
@zatiewiyah97bilal yusra kuat tau syg? original sound – Dai Syed
Sumber: Nurul Zati