berita

[VIDEO] ‘Semoga Dapat Jumpa…’ – Baru Kahwin 6 Bulan Lepas, Wanita Cekal Suami Meninggal Dunia Akibat Kecuaian Orang Lain

July 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Rohana Ismail

Tidak dinafikan kehilangan individu yang kita sayang merupakan momen sukar untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita terpaksa akur dan reda dengan setiap ketentuan Allah S.W.T.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…

Artikel Berkaitan: ‘Syahid & Syurga Buatmu Sayang’ – Suami Reda Isteri Meninggal Dunia Saat Melahirkan Anak

Artikel Berkaitan: ‘Jari Ibu Ini Tak Sempat Lagi Membelaimu’ – Wanita Sayu, Bayi Usia 35 Minggu Meninggal Dalam Kandungan

Seperti kisah yang cukup menyayat hati, dikongsi wanita muda dikenali sebagai Rohana Ismail menceritakan suaminya telah meninggal dunia berikutan terlibat dalam sebuah kemalangan pada 1 Julai yang lalu di Jalan Subang Airport, Selangor.

Terlibat dalam sebuah kemalangan

Foto: Little Azam

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Little Azam arwah yang dikenali sebagai Mohamad Shahrul Asyraf dipercayai terlanggar van milik syarikatnya berikutan van yang dipandunya cuba mengelak daripada terkena serpihan yang dibawa oleh sebuah kenderaan yang lain.

Rider yang melanggar van company saya telah meninggal. Harap sesiapa yang dapat dash cam kejadiaan tu dapat membantu 1/7/21 jam 11.00am area Jalan Subang Airport. Punca Hilux putih bawa plate besi jatuh dan saya elak lalu sebuah motor terlanggar van saya pandu.

Tambahnya lagi, individu berkenaan sempat melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada mangsa.

Minta tolong laa siapa yang bawa barang menggunakan Hilux. Ikat la kuat-kuat jangan sampai jadi kes seperti saya. Barang jatuh nak elak orang lain terima padah.

Seorang adik yang baik

Foto: Atia Zafiera

Ujar kakak kepada arwah dikenali sebagai Atia Zafiera menerusi satu hantaran di Facebook menceritakan adiknya meninggal dunia pada pagi 3 Julai yang lalu, dan doktor menjelaskan punca kematian adalah disebabkan severe traumatic brain injury. Difahamkan, ketika kejadian adiknya dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

 Arwah sangat-sangat dipermudahkan Allah S.W.T.  Start dari kemalangan sampailah arwah selamat dikebumikan.
Terima kasih pada yang bertanya khabar dan mendoakan arwah semua.

Dia seorang adik yang baik,ringan tulang, dan tak pernah lawan kata-kata kakak dia. Aku rasa tak percaya dia dah tak ada. Allahu semoga mu tenang di sana.

Terima kasih sayang

 

Menerusi beberapa status yang dimuat naik oleh isteri arwah dikenali sebagai Rohana Ismail menceritakan dia berasa bersyukur mendapat seorang suami yang baik dan pada masa yang sama meminta orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya.

Difahamkan, pasangan ini sudah bercinta hampir 6 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Januari yang lalu. Apa yang lebih meruntun hati, apabila wanita cekal ini sedang hamil anak sulung mereka yang berusia lima bulan.

Semoga dapat jumpa awak secepatnya sayang. Semoga kita dapat bersama hingga ke alam sana.
2015-2021 terlalu banyak kenangan.

Pesanan terakhir buat arwah

Foto: Rohana Ismail

Pada masa yang sama, wanita tabah ini sempat menitipkan pesanan buat wanita-wanita di luar sana supaya sentiasa menyayangi dan menghargai pasangan masing-masing sementara masih mempunyai kesempatan.

Sumber: Rohana Ismail

SKIP THIS AD ×