Baru-baru ini kecoh dengan isu usahawan terkenal, Datuk Seri Vida yang didakwa gagal membuat pembayaran kepada kontraktor berjumlah RM1 juta.
Walau bagaimanapun, anak-anak menjadi penguat semangat untuk teruskan kehidupan harian.
Artikel Berkaitan: Vida Lantik Peguam, Mohon Ruang Untuk Selesai Isu Sita Secara Tenang & Profesional
Artikel Berkaitan: Gagal Bayar Kontraktor RM1Juta, Barang Rumah Vida Termasuk Empat Kereta Mewah Kena Sita
Cik B tak kuat tengok mama nangis
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Vida dipercayai kini sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.
Apa yang meraih perhatian netizen apabila Cik B tampil dengan memberi kata-kata semangat buat ibu tercinta.
Kalau mama pergi umrah mesti saya nak ikut.
Sebab saya tahu mama akan menangis setiap kali mohon doa untuk semua.
Kalau saya ada, mesti saya akan peluk mama sambil mama berdoa.
Saya tak kuat tengok mama menangis macam ini.
Doa Cik B buat mama
@cikb_salmonskin_hq Replying to @Sakura cikb selalu rindukan doa2 mama yang sentiasa berbisik di telinga cikb? #masukberandafyp #pageforyou #cikbhavoc #fypdongggggggg #fyp #fyp??viral #datoserivida ? Pray Background On Piano – Studio Pro Sound
Dalam pada itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin sempat menitipkan doa.
Ya Allah kau tabahkan hati mama ku, kuatkan lah bahunya untuk memikul segala beban yang dia terima.
Terima kasih mama sentiasa mendoakan kami berdua untuk berjaya dunia akhirat.
Ujarnya, dia berharap agar Vida sentiasa kuat menjalani segala cabaran yang mendatang.