Industri seni tanah air, digemparkan dengan pemergian pelawak dari Kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar atau lebih mesra dikenali sebagai Abam pada bulan Februari yang lalu. Walaupun sudah berbulan arwah meninggal dunia, namun pemergiannya masih dirasai oleh ahli keluarga dan sahabat handal.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Pernah Gembirakan Kami’- Tangisi Pemergian Abam, Rakan Artis Luah Rasa Sebak
Terbaru, isteri kepada arwah Abam, Hidayah, berkongsi satu video ‘istimewa’ di laman Instagramnya, khas buat arwah suaminya.
Hari ulang tahun ke-3
View this post on Instagram
Hari ini Ulangtahun perkahwinan yang Ke 3 thn
08/12/17 -08/12/20 Akan tersemat di ingatan.
10/02/20, PemergianMu mengisi permintaan biarpun dikau masih kuperlukan, Hanya Doa Mampu kuiringkan, ku lepaskan dikau pergi, Semoga Tenang Dirimu Di sana, Hariku akan tiba jua nanti.. Alfatihah buat Allahyarham Suamiku Syed Umar Mokhtar, semoga abg tenang di sana, syurga tempatmu abg..sayanggg janji akan jaga anak kita Hamzah sebaiknya serta didikkan yang terbaik buatnya.
Menerusi video yang berdurasi hampir lima minat itu, memaparkan segala kenangan arwah Abam bersama isterinya Hidayah. Segala kenangan mereka berdua bersama anak tersayang, Hamzah, juga turut diselitkan di dalam video tersebut. Difahamkan, hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Pada posting tersebut, Hidayah turut mendoakan supaya suaminya tenang dan diberikan ganjaran syurga.
Namun, siapa tahu jodoh mereka tidak berkekalan dan Abam dijemput terlebih dahulu oleh Sang Pencipta. Sebak!
Sedihnya!
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut menzahirkan rasa sedih apabila melihat video tersebut. Tidak berakhir di situ, warganet turut memberikan kata-kata semangat kepada Hidayah terus kuat dan mendoakan supaya roh Abam ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Hidayah Abam