berita

[VIDEO] Sempat Jaga Arwah Waktu Sakit, Ciuman Terakhir Anak Kecil Buat Si Ibu Bikin Sebak

October 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Luluh hati seorang anak apabila mengetahui seorang insan yang bergelar ibu akhirnya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Itulah perasaan yang dialami oleh seorang kanak-kanak dari Indonesia ini selepas kehilangan ibu tersayang.

Ciuman terakhir si anak

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu Daniar Chairunnisa memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Dodo sempat mengucup pipi arwah ibunya.

Lebih meruntun hati apabila melihat anak kecil itu menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan sebak. Walaupun begitu, Dodo kelihatan sangat kuat dan tabah menghadapi saat-saat pemergian ibu tercinta. Menurut sumber, wanita berkenaan telah menanggung kesakitan selama 5 bulan sebelum disahkan meninggal dunia.

Semoga Dodo tabah, sebaknya!

Dodo yang baru sahaja berusia lapan tahun itu merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab dan baik kerana telah menjaga wanita berkenaan sepanjang hayatnya. Difahamkan, Dodo dan ibunya hanya tinggal berdua di perantauan tanpa kehadiran ayah disisi.

Video tersebut telah viral di media sosial sehingga menerima hampir 7 ribu tontonan. Sementara itu, rata-rata netizen turut sebak melihat momen sedih Dodo bersama ibunya. Mereka juga mendoakan semoga Dodo terus kuat menempuh hari-hari mendatang.

Salam takziah

Sumber: Daniar Chairunnisa

SKIP THIS AD ×