berita

[VIDEO] Sempena ‘Birthday’ Fatin Afeefa, Opai Hadiahkan Jam Tangan Rolex Dianggar Cecah RM49K

July 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 pada 13 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda

Artikel Berkaitan: Selepas ‘Bahan’ Suami Gelar Supercar Adalah Najis, Fatin Afeefa Padam Gambar Opai Di Instagram?

‘Wanita luar biasa’

Bersempena dengan hari yang cukup bermakna itu, suami kepada Fatin iaitu Aliff Awang dilihat membawa isterinya ke sebuah restoran bagi meraikan ulang tahunnya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Fatin dan Aliff bersama dua orang anak mereka dilihat sedondon mengenakan pakaian berwarna putih memasuki kawasan restauran sebelum disambut oleh beberapa ahli keluarga yang lain.

Aliff atau mesra dengan sapaan Opai menerusi ruang kapsyen berkata dia bersyukur dikurniakan seorang isteri yang luar biasa.

Selamanya bersyukur kerana mempunyai wanita luar biasa ini di sisi saya, dan pada hari istimewanya, saya ingin menunjukkan kepadanya betapa dia sangat bermakna bagi saya.

Jam mewah

Dalam pada itu, Aliff turut memberikan hadiah seutas jam tangan berjenama mewah kepada Fatin sebagai tanda kasih sayangnya kepada aktres itu.

Malah, Aliff melahirkan rasa gembira apabila melihat kedua-dua belah keluarganya dan isteri dapat berkumpul bersama.

Memberinya sebuah Rolex (jenama jam tangan) hanyalah tanda kecil kasih sayang dan kekaguman saya yang tiada berkesudahan.

Melihat keluarga kami dari kedua-dua belah pihak berkumpul untuk meraikan hari lahirnya menjadikan hari ini lebih luar biasa.

Cinta tidak mengenal batas apabila kita dikelilingi oleh kemesraan dan sokongan orang yang kita sayangi.

Di sinilah cinta, kebahagiaan dan momen berharga sepanjang hayat bersama. Bangga menjadi lelaki paling bertuah di bumi, dikurniakan isteri yang paling luar biasa

Difahamkan, anggaran nilai jam tangan tersebut mencecah RM49,000 dengan bertakhtakan berlian dan emas jenis Everose.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut merasa gembira melihat momen manis keluarga itu serta memuji sifat Aliff yang tidak berkira dengan isteri.

Selain itu, wargamaya turut menyampaikan ucapan ulang tahun kepada Fatin dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Untuk rekod, Fatin dan Aliff sah bergelar suami isteri pada 30 Disember tahun lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Sebelum ini, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkongsian hidup mereka mempunyai anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia manakala Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff Awang (@diariseorangtrader)


Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×