berita

[VIDEO] ‘Semua Allah Sayang’ – ‘Ustaz Ebit Lew’ Celup Bikin Penonton Muzikal Lawak Superstar 2 Geli Hati

March 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Setelah beberapa minggu tidak bersiaran di kaca televisyen, ‘Muzikal Lawak Superstar 2’ (MLS2) kini kembali menghiburkan para penonton di rumah mulai semalam. Program yang sarat dengan gelak tawa itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Artikel berkaitan: ‘Saya Tidak Mahu Runtuhkan Agama Saya’ – Sebut Nama Individu Jadi Bahan Lawak, Ini Komen ‘Deep’ Awie

Menerusi episod kelima semalam, kumpulan Heart yang dianggotai oleh Azmi Saat, Ezad Lazim dan Danial ternyata mencuit hati penonton. Watak Ustaz Ebit Lew yang dilakonkan oleh Danial, berjaya membuat kesemua juri ketawa.

Kita sama-sama bantu orang susah

Semua Allah Sayang. Terima kasih semua. Memang minggu yang cukup berat sebab pertama kali buat lawak tanpa penonton. Alhamdulillah rezeki hari ni. Terima kasih kepada yang mendoakan. Terutama kepada Paksu @paksu_shamsul_ghaughau sebab sudi bersama kumpulan heart minggu ni. Harap minggu depan ada penontonlah yee. Allah sayang semua.

Dalam episod semalam, Danial telah berjaya membawa watak Ustaz Ebit Lew dengan baik sekali. Malah, kumpulan tersebut banyak mengetengahkan isu semasa seperti pengambilan vaksin, amalan bersedekah serta jasa Ustaz Ebit terhadap masyarakat di seluruh Malaysia.

Di samping itu, kehadiran tetamu undangan iaitu Shamsul Ghau Ghau turut membuat penonton dan juri tidak kering gusi. Hasil kreativiti dan lawak kumpulan Heart, Dato Awie telah memberikan lima bintang buat mereka. Fazura dan Zul Ariffin kelihatan turut terhibur sepanjang kumpulan tersebut beraksi di pentas MLS2.

Sumber: Danial

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×