Baru-baru ini, viral satu video memaparkan tindakan seorang selebriti media sosial yang sanggup membakar hutan dengan sengaja demi sebuah ‘content’ di TikTok.
Bakar hutan demi ‘content’ TikTok
Memetik laporan Insider, wanita Pakistan yang dikenali dengan nama Humaira Asghar dikatakan nekad menyalakan api sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran di kawasan yang terletak di bawah hutan simpan iaitu Taman Negara Margalla Hills. Menerusi video pendek itu, kelihatan Asghar yang sedang memperagakan satu busana dilihat berjalan menuruni Bukit Margalla sambil hutan dibelakangnya sedang dijilat api.
Sementara di ruangan kapsyen, selebriti media sosial yang memiliki hampir 11 juta pengikut ini menulis ‘Api marak di mana sahaja saya berada’. Video berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan selepas dia menerima kritikan hebat dari netizen. Susulan daripada tindakan tersebut, Asghar kini dihadapkan ke mahkamah selepas wakil agensi kerajaaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Pakistan bertegas mahukan dia dikenakan tindakan.
Menurut sumber, insiden seperti ini bukanlah kali pertama berlaku sebaliknya terdapat beberapa insiden serupa yang berlaku termasuklah di bandar Abbottabad di mana seorang lelaki ditahan kerana sengaja membakar hutan sebagai kandungan videonya.
Video
This is a disturbing & disastrous trend on Tik Tok! Young people desperate 4 followers are setting fire to our forests during this hot & dry season! In Australia it is lifetime imprisonment for those who start wildfires. We need to introduce similar legislation ?@WildlifeBoard pic.twitter.com/RGMXnbG9f1
— Rina S Khan Satti (@rinasaeed) May 17, 2022