berita

[VIDEO] ‘Sengaja Melintas Jalan’ – Bekas Pengurus Rempuh Kilang & Baling Petrol, Maut Dilanggar Treler

November 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, kecoh di media sosial mengenai satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai telah merempuh masuk ke dalam sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Chemor. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana individu terbabit kurang berpuas hati dengan pihak pengurusan kilang kerana menggantung pekerjaannya.

Rempuh dan baling botol petrol

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, selepas merempuh sebuah bilik di premis berkenaan, suspek yang berusia 52 tahun itu turut membaling botol petrol ke dalam pejabat sumber manusia hingga menyebabkan kebakaran. Tetapi kebakaran tersebut akhirnya berjaya dipadamkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Selepas kereta berhenti, suspek telah membaling botol petrol ke dalam pejabat sumber manusia sebelum dia kembali memandu dengan merempuh bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga menyebabkan kebakaran.

Jalan kaki tinggalkan kilang


Selepas bertindak sedemikian, suspek yang juga merupakan bekas pengurus kilang berkenaan telah berjalan kaki keluar meninggalkan premis itu. Namun, tidak lama kemudian pihak polis menerima laporan mengenai satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian terbabit.

Suspek disyaki dilanggar sebuah treler ketika dalam perjalanan melarikan diri dari tempat kejadian. Saksi awam menyatakan suspek seolah-olah sengaja melintas jalan ketika kejadian.

Punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang selepas diberhentikan baru-baru ini. Suspek digantung kerja sejak September lepas atas alasan masalah disiplin kerana mengugut pihak atasan kilang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian, Bernama, Facebook

SKIP THIS AD ×