![[VIDEO] ‘Seorang Nenek Jangan Masuk Campur Bab Cucu, Itu Hak Mutlak Ibunya’ – Mastura Yazid](https://asset.ohbulan.com/2026/06/mastura-yazid.jpg)
Ibu mentua kepada pelakon, Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), mengakui pernah mempersoalkan peranan sebenar dirinya sebagai seorang nenek ketika menerima kelahiran cucu pertamanya.
Artikel Berkaitan: Suami Mira Filzah Luah Harapan Buat Anak, Doa Jadi Insan Beriman & Berbakti – ‘Kamu Sentiasa Disayangi’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Rapat Dengan Mak Mentua, Tak Ada Iri Hati.. Cuma Kurang Chemistry’ – Sheila Rusly
Hak mutlak si ibu
Menerusi perkongsian bersama Majalah Nona, Mastura menegaskan bahawa dia tidak pernah berhasrat untuk menentukan cara cucunya dibesarkan atau menetapkan perkara yang perlu diajar kepada mereka.
Selain itu, Mastura berpandangan bahawa tanggungjawab mendidik anak merupakan hak mutlak seorang ibu, manakala peranan seorang nenek lebih kepada memerhati serta mendoakan kesejahteraan keluarga.
Masa saya dapat cucu yang pertama, iaitu cucu perempuan, saya bertanya pada diri sendiri, apakah peranan saya sebenarnya sebagai nenek?
Sebab banyak orang kata, nenek-nenek ini selalu fikirkan masa dan tentang kasih sayang sahaja.
Itu sahaja saya fikir.
Saya juga tak ada fikir nak mengajar cucu saya sesuatu perkara.
Tidak, itu adalah hak mutlak ibunya.
Sebagai seorang nenek, sepatutnya lebih kepada melihat dan juga mendoakan.
Itu sepatutnya.
Dalam pada itu, Mastura turut percaya bahawa setiap golongan ibu mempunyai kebebasan dan hak tersendiri dalam menentukan cara membesarkan anak masing-masing.
Saya sentiasa percaya bahawa seorang ibu mempunyai hak untuk menentukan sendiri dan autonomi dalam membuat keputusan ke atas anaknya.
Ujarnya lagi, golongan nenek perlu menghormati pendekatan yang dipilih oleh setiap keluarga serta mengelakkan sebarang campur tangan.
Menjadi seorang nenek ini, janganlah masuk campur sangat bab cucu.
Tak perlu pun sebenarnya.
Kita kena menghormati setiap keunikan keluarga yang berbeza.
Sumber: TikTok