Memang tak dapat dinafikan, pasti setiap pasangan tidak sabar untuk menanti majlis pernikahan, pertunangan dan sebagainya. Hal ini kerana, majlis tersebut adalah satu momen yang sangat bahagia, bersejarah dan pastinya akan tersemat di ingatan sampai bila-bila.
Tetapi berbeza pula dengan nasib yang menimpa lelaki ini apabila hasratnya untuk mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati tidak kesampaian selepas menerima berita yang sangat mengejutkan.
‘Hari pertunangan jadi hari kematian’
Tanggal 28 Februari 2021 merupakan satu tarikh yang sangat menyedihkan buat seorang lelaki apabila dia terpaksa menerima hakikat bahawa bakal tunangnya telah dijemput Ilahi. Berdasarkan perkongsian salah seorang rakan Allahyarhamah Izyan Quratu Aini iaitu Anis Nafisa memaklumkan sepatutnya pada tarikh tersebut (28/2/21) adalah hari pertunangan rakannya.
Namun siapa sangka hari yang dinanti-nantikan bertukar menjadi majlis pengebumian Allahyarhamah. Menurut Anis lagi, rakannya itu sangat teruja menanti hari bahagia tersebut. Tetapi belum sempat merasai ‘kebahagiaan’ itu, Allahyarham telah pergi buat selama-lamanya. Difahamkan, Allahyarhamah dipercayai meninggal dunia ketika dalam tidur.
Luahan hati bakal tunang
Dalam perkongsian video lain, Anis ada memuat naik beberapa status Whatsapp luahan hati bakal tunang Allahyarhamah. Lelaki itu mengakui sangat terkejut dan bersedih dengan pemergian si kekasih hati. Menurutnya lagi, sepatutnya pada hari tersebut dia datang ke rumah bakal tunangnya untuk memberikan cincin pertunangan tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila dia datang untuk melihat jenazah Allahyarhamah.
Benarlah orang kata, kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan. Sementara itu, Anis juga memaklumkan Allahyarhamah sempat memuat naik status di Whatsapp seakan tahu dirinya bakal dijemput Ilahi.
Salam takziah
@napicanggAntara pasangan dengan panggilan, dia pergi kepada panggilan dulu. Allahu, moga pengakhiran hidup kita macam dia jugak. Innalillah ..? original sound – Anis Nafisa
@napicanggKita tktahu samada jodoh atau pasangan jemput kita dulu? Allahu semoga bakal tunang dia tabah even 10tahun takpernah jumpa? ada hikmah semuanya? original sound – ShopianMuhammad – M.S~??
‘Kuatkan semangat ye dik’
Menjengah di ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut bersedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan ini selain sempat mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarhamah. Malah, tidak kurang juga ada yang berharap agar si lelaki tersebut terus kuat dan tabah serta dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Sumber: Anis Nafisa