Baru-baru ini, pelakon Zara Zya tampil dalam sebuah podcast dan berkongsi mengenai pengalaman seram yang dialami olehnya ketika menjalani sebuah penggambaran.
Semasa perkongsian tersebut, netizen meremang apabila suaranya bertukar menjadi garau dan menyeramkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suara Zara Zya Bertukar Garau Ketika Sebut Perkataan ‘Ibl**’ – ‘Itu Tak Disunting, Dia Ada..’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Ayah Tapi Macam Tak Ada, Dia Hina & Mengata Saya Di Media Sosial’ – Zara Zya
Kena lawan
Di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Badlisyah tampil berkongsi tips bagaimana hendak mengelakkan diri daripada terkena gangguan yang tidak baik seperti sihir.
Bila kita mimpi ular bermaksud kita sedang disihir atau kita mimpi ular berwarna contoh hitam bermaksud aura negatif sihir yang tidak elok.
Kalau warna hijau saka. Kadang-kadang kita tak tahu yang sebenarnya kita ada penjaga. Saka dia warna hijau atau warna pelik-pelik macam biru kuning juga. Kalau isyarat terpatut dengan ular bermaksud dia dah masuk dalam darah kita.
Situasi macam cerita tadi dia dalam keadaan ketakutan. Bila dalam keadaan ketakutan dia boleh serang dan masuk dalam badan. Sebab bukaan dia luas. Dia kena buat amalan bagi sesiapa yang alami situasi yang sama. Bukan jumpa perawat, bomoh atau sesiapa. Tetapi diri kita sendiri dengan Allah.
Menurut Badli, mimpi ular bermaksud seseorang itu sedang terkena perbuatan sihir. Tambah Badli, hanya diri sendiri dan kuasa Allah sahaja yang mampu menyembuhkan perkara yang tidak baik daripada berlaku.
Kita minta kepada Allah dengan cara selawat, zikir dan solat. Jika ada gangguan lagi dekat dalam telinga kita, bermakna dia masih ada dalam darah kita. Kita kena lawan benda itu.
Dekatkan diri dengan Allah
Berbicara lebih lanjut, Badli memberi beberapa tips agar dielakkan daripada terkena perbuatan sihir.
Tips dia selawat, berqasidah jangan tinggal dan kita kena jaga adab. Sentiasa keluar rumah baca Bismillah, makan dengan cara duduk, bercakap cara baik tetapi jangan kita melanggar satu benda contoh kita ambil pemberian orang, bersangka buruuk dekat orang, buat benda yang tak baik, mulut celupar.
Di akhir perkongsian, Badli memberitahu dengan cara mendekatkan diri dengan Allah, seseorang manusia boleh mengalahkan iblis.
Kebanyakan benda yang terjadi dekat diri kita satu je, kita ni terlampau takut, sedih, suka menyendiri dan stres. Bila ada ‘benda’ tu, ‘benda’ tu terus masuk dalam badan.
Sumber: TikTok