berita

[VIDEO] Seram! Sekumpulan Lelaki Terkejut Jumpa ‘Makhluk Asing’ Kurus, Botak & Tinggi Berjalan Tengah Malam

June 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video ‘seram’ di media sosial memaparkan satu kelibat seperti makhluk asing sedang berjalan di atas jalan raya. Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Berjalan atas jambatan waktu malam

Memetik laporan daripada India.com, video berdurasi 0:30 saat itu dirakam di kawasan Jharkhand Hazaribagh yang terletak di India. Difahamkan, video tersebut dirakam pada waktu malam oleh beberapa penunggang motosikal yang melalui kawasan itu. Berdasarkan video yang dikongsikan, kelihatan kelibat misteri seperti ‘makhluk asing’ yang tinggi, kurus dan botak sedang berjalan perlahan-lahan di atas jambatan Dam Chadwa, Jharkhand Hazaribagh pada waktu malam.

Salah seorang daripada pengguna jalan raya terbabit menjerit memaklumkan bahawa makhluk itu kelihatan seperti penyihir. Ketika ada motosikal cuba untuk melepasi laluan tersebut, makhluk berkenaan berhenti berjalan dan menoleh kebelakang sebelum berjalan semula.

Tak berani nak dekat

Bukan itu sahaja, kelihatan beberapa pengguna jalan raya lain juga sedar akan kewujudan makhluk terbabit tetapi mereka seakan tidak berani mahu mendekatinya. Sebaliknya mereka hanya mampu melihat dari jauh sahaja sambil merakam. Hal ini secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan penduduk setempat.

Meskipun sehingga kini, tiada sebarang maklumat berkaitan video tersebut. Video viral itu turut dikongsikan semula oleh penerbit terkenal Ektar Kapoor menerusi akaun Instagram miliknya.

Video makhluk misteri

Sumber: India.com, Twitter

SKIP THIS AD ×