Kemesraan antara penyanyi baharu, Ezra Khairo dan pempengaruh Ananda Natasha dilihat kian mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semasa Saya Duduk Dengan Mak Mentua Dah Curang, Alisha Nak Masuk Umur Tiga Tahun Pun Masih Lagi Curang’ – Ananda Natasha
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Curang – ‘Tak Cukup Dengan Staf, Bini Orang Pun Sanggup Awak Sailang?’
Serasi bersama
@anandanatashaa1 Hihi
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Ezra dan Natasha berada di dalam sebuah kereta.
Dalam masa yang sama, mereka berdua sedang miming sebuah lagu nyanyian Ezra yang berjudul Alahai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat gelagat Ezra dan Natasha, malah mahu mereka menjalinkan hubungan cinta bersama.
Saya dah terlayan live mereka, sebelum ini tak pernah kenal pun siapa Natasha dan Ezra.
Kami sangat sokong kamu berdua, semoga temui kebahagiaan yang sebenar.
Natasha dah jumpa circle yang sekufu dengan umurnya.
Ezra nampak sangat gentleman, bukan ambil kesempatan atas isu tapi nampak dia sangat ‘abang-abang’.
Alhamdulillah, masih ada lelaki yang baik boleh menggembirakan Natasha.
Selain itu, tinjauan OhBulan! turut mendapati mereka berdua sering bersiaran langsung di TikTok selepas isu curang bekas suami Natasha hangat diperkatakan.
Natasha sebelum ini mendedahkan dan mendakwa bekas suaminya berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.
Andika Putera kemudian tampil memberi menjelasan panjang lebar berhubung isu tersebut untuk mempertahankan dirinya.
Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
Sumber: TikTok Ananda Natasha