berita

[VIDEO] Seronok Main Atas Bumbung Bangunan 32 Tingkat, Siap Cuba Nak ‘Meluncur’ Lagi

June 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Viral di media sosial satu video yang memaparkan empat orang kanak-kanak sedang asyik ‘bermain’ di atas sebuah bumbung kediaman 32 tingkat yang terletak di negara China.

Insiden mendebarkan


Lebih mendebarkan apabila melihat dua daripada empat orang kanak-kanak itu cuba untuk meluncur dari permukaan bumbung berkenaan sementara yang lain sedang mengimbangkan diri dengan memegang besi kilat yang berada di situ. Menerusi laporan Daily Mail, mereka berusia antara 8 hingga 10 tahun telah menggunakan pintu keluar kecemasan sebelum memanjat ke atas bumbung bangunan setinggi hampir 100 meter itu.

Insiden selama 20 minit tersebut sempat dirakam oleh jiran tetangga sebelum memuatnaik ke dalam media sosial. Sebaik sahaja pihak pengurusan menyedari insiden berkenaan, mereka segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Ibu bapa ditegur polis

Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah mendapat teguran daripada pihak polis kerana membiarkan anak tanpa pengawasan. Difahamkan, tiada sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku berikutan daripada insiden tersebut.

Video yang viral di media sosial telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya turut berasa ngeri dengan tindakan cuai itu. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang menganggap ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak bertanggungjawab kerana tidak mengawasi gerak-geri anak.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×