berita

[VIDEO] ‘Setelah 35 Tahun Rumah Di Paya, Selalu Ada Ular Jika Banjir’

June 5th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew sangat terkenal dengan sifat peribadinya yang suka menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan dan menghadapi kesempitan hidup.

Terbaru, menerusi video yang dimuatnaik Ustaz Ebit Lew di laman Facebooknya memaparkan beliau telah turun padang membantu sebuah keluarga daif yang hanya tinggal di dalam sebuah rumah dengan keadaan serba kekurangan.

’35 tahun rumah di paya’


Hari bahagia air mata di Sungai Petani Kedah dalam masa 3 jam. Menangis keluarga ini kerana setelah 35 tahun rumah di paya. Saya hadiahkan beri tinggal rumah 2 tingkat buat kakak ini dan 9 anaknya serta mak ayah yang uzur sangat. Melihat air mata mereka dan tangisan mereka terasa kasih sayang Allah. Saya bayar sewa dan deposit semua tadi. Insya-Allah saya akan terus bayar.

Tengok bilik air menangis. Macam zaman dulu. Sekadar ada je. Kawasan ini air selalu naik kalau hujan. Selalu ada ular jika banjir. Mereka kerja suka memancing belakang ini. Ada pasangan suami isteri ni anak 9 orang. Jaga mak ayah yang tua dan uzur. Anak paling besar umur 20 tahun dan 18 tahun sampai baby kecil. Mereka dah tinggal di sini semenjak 35 tahun dulu dan sebelum itu lagi.

Syukur alhamdulillah

Syukur Yb disini ada tambahkan bahagian tinggi sebelah belakang rumah kotak untuk mereka. Cuma tak ada bilik dan bilik air. Zakat Kedah banyak dah buatkan dan repair kan rumah kawasan sini. Kawasan banjir. Keluarga yang saya jumpa ini dibantu zakat RM300 sebulan dan JKM RM150 sebulan. Syukur Alhamdulillah. Terim kasIh semua. Semua masyarakat setempat dan NGO di sini selalu membantu.

Cuma Aidlfitri kali ini saya nak tumpang kebaikan saya nak carikan rumah sewa yang baru dan nak berikan pada mereka percuma. Mulanya mereka berat hati kerana tak sangka dan tak susahkan saya. Mereka kenal saya. Selalu dengar ceramah saya. Belikan mereka mesin basuh,katil dan tilam untuk 11 orang. TV,  rice cooker, cerek elektrik dan 2 almari baju cantik. Moga Allah terima secebis usaha berbanding usaha ketua masyarakat semua. Tiada daya upaya saya melainkan dengan pertolongan Allah.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

SKIP THIS AD ×