berita

[VIDEO] Setelah Sekian Lama Memendam Rindu, Mereka Dapat ‘Surprise’ Yang Menyentuh Jiwa!

September 16th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Setiap manusia pasti pernah merasai rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berjauhan dengan orang tersayang. Tak kisah la rindu pada keluarga, kawan-kawan, malah kekasih hati sekalipun. Rindu tu dah ibarat fitrah dalam diri kita.

Tak dinafikan, musim wabak kali ni menyukarkan kita berjumpa orang tersayang. Sempena Hari Malaysia, kami nak kongsikan sekilas daripada video mengenai orang awam tentang rindu yang mereka rasai. Sedia tisu siap-siap kat tepi okay?

Meluahkan rindu yang mereka rasai ketika ini

“Apa yang anda rindukan pada waktu sekarang?”

Pada mulanya, beberapa orang awam yang dijemput ke studio perlu meluahkan rindu yang mereka rasai sekarang. Soalan ni telah dijawab oleh mereka dengan jujur dan seikhlasnya. Memang menyayat hati.

Ada yang luah perasaan rindukan keluarga. Rindu tak tertahan, semestinya rindukan mak dan ayah. Paling rindu masakan mak yang sedap. Rindukan ayah yang sentiasa tenang dalam segala hal. Lagi satu, korang pun mesti rindu nak usik adik-beradik korang di kampung tu kan?

Ada juga antara mereka yang merupakan pasangan jarak jauh (PJJ). Bukan mudah seorang ibu atau bapa nak tahan rindu untuk memeluk anak sendiri. Anak la yang menjadi pemberi semangat setiap hari.

Cuba tanya adik atau anak saudara korang yang masih kecil, siapa yang mereka paling rindu? Semestinya mereka akan jawab kawan. Mereka ni biasanya rindukan waktu bermain dengan kawan-kawan la.

Setiap orang pasti memiliki seorang rakan baik. Bagi mereka yang nikah secara online, pasti sedih apabila rakan baik tak dapat datang. Sedangkan nak jumpa pun susah, apatah lagi datang ke majlis nikah bestfriend sendiri.

Sekarang kami nak tanya korang. Kalau korang rindukan seseorang, biasanya korang akan buat apa?

Melihat gambar dan video momen bersama orang tersayang sebagai kenangan

Apabila merindui seseorang yang kita dah lama tak jumpa, apa yang kita mampu buat adalah melihat gambar atau video kenangan lama. Kadang-kala hanya melihat gambar atau video pun, air mata boleh menitis. Maklum la rindu yang tak tertahan.

Kalau la korang berada di tempat mereka sekarang ni, apa perasaan korang? Mesti sedih kan?

Tak sangka, akhirnya mereka dapat surprise daripada orang tersayang!

Haa.. Tak sangka kan? Sebenarnya krew produksi dah sediakan siap-siap surprise untuk mereka ni. Surprise pun bukan main-main, memang istimewa daripada orang yang mereka sayang.

Ada yang dapat panggilan telefon atau video daripada orang tersayang. Ada juga yang dapat barang teristimewa. Kelihatan jelas wajah kegembiraan mereka setelah mendapat kejutan ni. Sangat menyentuh jiwa.

Korang boleh tengok video penuh oleh Kumpulan Pharmaniaga sempena Hari Malaysia yang betul-betul mengharukan ni di bawah. Kami sendiri pun tersentuh melihatnya.

Kalau dah rindu tu, luahkan pada mereka. Apabila kita meluahkan perasaan rindu tu, kita akan rasa puas dan selesa. Kalau tak percaya, call la orang tersayang sekarang. Haa.. Jangan malu nak ucap rindu tu tau!

Sekian, Selamat Hari Malaysia guys!

SKIP THIS AD ×