berita

[VIDEO] ‘Setia’ Nyanyian 33 Orang Rakyat Malaysia Di Lapan Negara Eropah Bangkit Semangat Patriotik

August 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Video Popular

Semangat patriotik dan cintakan tanah air lebih-lebih lagi menjelang sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September depan, tidak pernah luput bagi sekumpulan rakyat Malaysia biarpun sudah berbelas tahun bermastautin di luar negara.

Setia

Di Youtube, viral sebuah video mengenai sekumpulan rakyat Malaysia yang gigih menghasilkan muzik video sempena Hari Kebangsaan. Mereka menyanyikan lagu ‘Setia’ yang pernah dipopularkan oleh Francissca Peter. Menurut pengarah projeknya, Zainal Fitri Abu Khair, klip video tersebut dijayakan oleh 33 orang rakyat Malaysia yang bermastautin di lapan negara Eropah, iaitu Belanda, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Norway, Sweden dan Switzerland. Wow!

Video

Difahamkan, projek kemerdekaan dan Hari Malaysia ini sudah bermula sejak Oktober 2021. Video kedua ‘Sejahtera Malaysia’ pula akan dimuat naik selepas ini bersempena Hari Malaysia nanti. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa usaha yang ditunjukkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia di luar negara ini sangat luar biasa.

Sumber: Zainal Khair

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×