Penerbit Datuk A Aida akui tidak selesa apabila lelaki yang sudah bergelar suami tidak menjaga pandangan mata daripada melihat wanita lain.
Artikel berkaitan: A Aida Saran Kerajaan ‘Blacklist’ Selebriti Bermasalah, Malukan Industri Seni – ‘Saya Tak Nak Virus Ni Berleluasa’
Artikel berkaitan: ‘Kalau Ruhainies Minta Maaf Pun, Saya Tak Terima Dia Berlakon Lagi’ – A.Aida Beri Tiga Kontrak Drama Kepada Bella Astillah
Tak selesa asyik dipandang
Menerusi hantaran di Instagram, Aida memberitahu dirinya sering dipandang oleh para suami meskipun mereka sedang berada di samping isteri.
Dalam pada itu, dia memberi pesanan kepada para suami untuk menjaga hati isteri daripada berkelakuan seperti itu.
Malulah bila kita berjalan orang asyik pandang-pandang, ada tu sampai kena cubit dengan isteri.
Pada para suami tu kalau isteri ada kat sebelah tak payahlah mata tu asyik pandang perempuan lain je. Jagalah hati bini tu.
Malah, Aida mempersoalkan sikap segelintir suami ketika tiada isteri di sisi.
Kalau dah depan bini pun buat perangai macam tu kat belakang macam mana lah perangai tu ya. Ok bye.
Sumber: Instagram