Personaliti media sosial, Shaf Naufas menafikan dakwaan bahawa dia dan pempengaruh Shaniena Natasya tinggal di sebuah bilik yang sama sepanjang percutian mereka di luar negara baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Mentua Saya Tahu Kisah Silam.. Dia Tak Marah, Guide Dengan Cara Yang Betul’ – Shaniena Natasya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasha Beri Penjelasan Isu Batal Tunai Umrah – ‘Kemungkinan Untuk Keguguran Disebabkan Tekanan Semasa Penerbangan’
Penjelasan Shaf
Ketika ditemui OhBulan!, Shaf memberitahu percutian mereka itu turut disertai bersama pembantu peribadi Shaniena.
Dalam masa yang sama, Shaf juga memohon maaf jika ada warganet yang kurang senang melihat keakraban mereka.
Ada satu video jadi viral sebab nampak saya berdua dengan dia, memang kebanyakan video kami berdua kerana PA (pembantu peribadi) Shaniena jarang menonjolkan diri di hadapan kamera.
Sebenarnya kami pergi bercuti tiga orang, bukanlah hanya saya dengan Shaniena sahaja. Sepatutnya kami pergi enam orang, tiket pun dah beli takkan kami nak bazirkan.
Saya minta maaf di atas salah dan silap kami.
Shaf berkata demikian ketika ditemui pada sidang media All Star Influencer Award (ASIA) 2024 di Hotel Royal Signature pada Isnin.
Bukan sebilik
@shafnaufas @SHANIENA NATASYAAAA ada lawan
Dalam pada itu, Shaf menegaskan bahawa dia dan Shaniena tidak pernah sebilik namun hanya menginap di sebuah rumah yang sama untuk menjimatkan kos percutian.
Kami bukan sebilik tetapi hanya serumah. Saya tak pernah tidur sebilik dengan Shaniena, dia isteri orang dan saya masih tahu batas.
Kami bertiga hanya makan dan buat konten di bilik yang sama, jadi takkan saya nak makan seorang diri pula.
Harga rumah di sana mahal jadi kami kongsi dan ambil rumah yang ada tiga bilik.
Sementara itu, pempengaruh tersebut juga berkata, suami Shaniena iaitu Choudhry Wasim mengetahui tentang percutian tersebut malah dia turut memberikan kepercayaan kepada Shaf.
Percutian itu diketahui oleh suami Shaniena juga dan dia tahu saya bagaimana orangnya. Suaminya sangat matang dan baik serta memahami isterinya.
Suaminya sering menelefon saya dan bertanyakan tentang keadaan Shaniena.
Suami dia ada berkata, ‘tak mengapa dan tak perlu respons, biarkan sahaja mereka komen.’
Terdahulu, Shaf dan Shaniena dikecam oleh warganet yang mendakwa mereka tidak menjaga batas pergaulan semasa percutian tersebut.
@ohbulanofficial Replying to @donatdarkhannaz Shaf Naufas tahu batas ya.. pergi 3 orang ??#ohbulan #fyp #news #shafnaufas #shanienanatasyaa #tahu #batas