Pelakon, Shahz Jazle berkongsi berita gembira selepas isterinya, Nur Hanis Husna Mohd Nadzree selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ketiga.
Artikel Berkaitan: ‘Kebanyakan Pasangan Gandingan Saya Isteri Kenal, Bila Keluar Lepak Sekali Pun Tiada Masalah’ – Shahz Jaszle
‘Aurora nama diberi’
View this post on Instagram
Berita gembira itu dikongsikan pemilik nama Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin ini menerusi hantaran di Instagram (IG).
Menerusi hantaran tersebut, Shahz berkongsi perjalanan dirinya bersama isteri dari awal tiba di hospital sehinggalah melahirkan cahaya mata perempuan kedua dalam keluarga mereka.
Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku, Aurora
Dapat dilihat pelakon yang popular menerusi filem ‘Azura’ itu setia menemani dan menjaga isteri tercintanya sehingga selesai melahirkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Shahz dan isteri atas kelahiran baharu mereka itu.
Sekadar info, Shahz dan Hanis mendirikan rumah tangga mereka pada 1 Mei 2015 lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan terbaharu Aurora.
Komen netizen
Sumber: Instagram Shahz Jazle