Usahawan dan pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya tampil menjelaskan mengapa dia memilih untuk menggunakan beg tangan tiruan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Mentua Saya Tahu Kisah Silam.. Dia Tak Marah, Guide Dengan Cara Yang Betul’ – Shaniena Natasya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Cakap Saya Mandul, Saya Hanya Tumpang Kasih Sayang Anak Tiri Sahaja’ – Shaniena Natasya
Respons Shaniena
@shanienanatasyaaaa Replying to @kurungbyzaimexclusive
? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shaniena berkongsi komen seorang warganet yang kurang senang melihat dia menggunakan beg tangan tiruan berjenama mewah.
Saya orang kaya, tapi isteri saya memang tak pakai barang tiruan, dia rela tak pakai daripada pakai yang tiruan.
Menurut Shaniena, dia tidak mahu membazirkan wang semata-mata demi fesyen.
Saya rasa ini bukan benda yang saya patut beli sebab umur saya masih muda dan saya tak tahu sampai umur berapa saya mampu untuk buat bisnes.
Dalam pada itu, usahawan berusia 21 tahun tersebut juga tidak mahu menyumbang pembeliannya kepada mana-mana jenama mewah yang menyokong tentera Zionis.
Kalau kita membeli ibarat kita menyumbang dekat situ (Israel).
Sementara itu, Shaniena berpendapat beg tangan mewah bukan lagi satu bentuk pelaburan masa kini dan mungkin ia sukar untuk dijual semula.
Kebanyakan kawan-kawan saya kata, sekarang dah tak sama macam dulu. Beg bukan lagi pelaburan.
Kalau saya susah takkan saya nak jual beg-beg itu balik? Itu pun kalau ada orang nak beli.
Tapi kalau betul-betul kaya dan duit berbilion ringgit apa salahnya setakat beg RM20,000. Saya beli beg fake sebab saya tak mampu, tak kaya langsung.
Sumber: TikTok Shaniena Natasya