Usahawan dan personaliti media sosial, Shaniena Natasya menafikan dirinya adalah isteri kedua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasha Beri Penjelasan Isu Batal Tunai Umrah – ‘Kemungkinan Untuk Keguguran Disebabkan Tekanan Semasa Penerbangan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasya Sebak Bakal Jadi Tetamu Allah – ‘Ini Adalah Umrah Pertama Saya Sebagai Mualaf’
Bukan isteri kedua
@shanienanatasyaaaa ? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shaniena berkata, terdapat segelintir individu yang mempunyai tanggapan salah terhadap dirinya.
Justeru itu, Shaniena menegaskan bahawa dia bukanlah isteri kedua kepada suaminya.
Ada orang tanya, aku ini isteri kedua ke? Aku bukan isteri kedua!
Aku pula cantik, kaya dan lawa takkan jadi isteri kedua.
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 22 tahun itu juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengoda lelaki berstatus suami orang atau mengganggu rumah tangga mana-mana wanita.
Aku pun tak pernah ‘sondol’ rumah tangga orang dan aku tak pernah ‘sondol’ suami orang.
Tak ada istilah itu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat respons Shaniena terhadap perkara tersebut.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.
Choudhry pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai. Hasil perkahwinan tersebut dia memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Sameer.
Sumber: TikTok Shaniena Natasya