Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya menerima komen negatif daripada warganet mengenai kehamilannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasya Nafi Jadi Isteri Kedua – ‘Aku Tak Pernah Sondol Suami Orang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaf Naufas Perjelas Isu Percutian Bersama Shaniena Natasya, Nafi Tinggal Sebilik – ‘Dia Isteri Orang & Saya Masih Tahu Batas’
Kegembiraan Shaniena
@shanienanatasyaaaa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shaniena berkongsi tentang komen berkenaan.
Semalam netizen komen, ‘jangan seronok sangat takut gugur je anak awak..takut berduka je.’
Usahawan berusia 22 tahun itu kemudian memberikan respons dengan berharap perkara yang sama tidak berlaku kepada mana-mana wanita yang sedang hamil.
Saya harap semua yang bergelar ibu tak pernah kena macam mana saya kena.
Saya faham pesan itu, tetapi boleh sahaja doa yang baik-baik dengan tidak menjadi seorang yang ‘joykiller’.
Nasihat netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Shaniena supaya tidak mengendahkan kata-kata negatif seperti itu.
Abaikan sahaja, mereka tak faham macam mana terujanya kita pertama kali jadi ibu.
Kenapa perlu ada yang keluarkan ayat-ayat dengki? Doa yang baik-baik tak boleh ke? Kalau sakit hati jangan tengok, setiap orang layak bahagia.
Semoga Allah melindungi awak dan anak, jangan baca komen-komen macam itu.
Terdahulu, Shaniena berkongsi berita gembira dengan memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas setahun menanti zuriat pertama.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.
Sumber: TikTok Shaniena Natasya