Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan menerima banyak tawaran untuk melakukan pembedahan kantung mata (eye bags).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Tak Pernah Dicurangi Dalam Percintaan – ‘Yang Kantoi Curang Adalah Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Sekolah Agama Tau!’ – Sharifah Sakinah Pentingkan Pendidikan, Sokong Minat Anais Dalam Bidang Seni
Takkan ubah wajah
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, walau bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak mahu mengubah wajah untuk orang lain.
Saya tidak akan mengubah wajah yang Allah sudah berikan kepada saya. Kalau saya nak ubah sekali pun, ia adalah untuk kepuasan saya bukan kerana orang lain. Lagipun ia adalah sebahagian daripada anggota badan saya, jadi saya tak mahu mengubahnya.
Saya bukanlah seorang yang mendengar kata-kata masyarakat semata-mata untuk mengubah wajah atau mengikut trend.
Muka saya muka Melayu dan saya memiliki raut wajah yang serupa seperti ahli keluarga saya, segalanya daripada Allah SWT. Itu prinsip saya.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 36 tahun tersebut berkata, masalah kantung mata itu sama sekali tidak memberi kesan kepadanya.
Eye bags ini tidak mengganggu kecantikan saya kerana kejelitaan seseorang adalah sangat subjektif.
Sakinah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan istimewa drama Curang Tanpa Niat yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada Khamis.
Tips kekal sihat & cantik
Sementara itu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak tersebut juga berkongsi tips kecantikan yang sering diamalkannya.
Saya guna petua orang-orang dahulu dan lebih kepada pengambilan bahan semula jadi.
Antaranya, saya mengamalkan mandi ais dalam tiga kali seminggu.
Terdahulu, tular komen daripada warganet yang mahu menawarkan Sakinah untuk melakukan pembedahan kantung mata susulan fenomena watak Astrid yang dijayakannya kian mendapat perhatian ramai.