Penyanyi Sharifah Zarina memaklumkan dia mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke sebuah pusat perubatan pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Tak Kisah Kena Kecam Nyanyi Lagu ‘Dawai’ Sumbang, Netizen Usik – ‘Jom Masuk PLKN Practise’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Zarina Dapat Bunga Daripada BF Anak Perempuan, Athalia ‘Sound’ Teman Lelaki – ‘Kenapa Awak Bagi Mak Saya?’
Dikejarkan ke hospital
View this post on Instagram
Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan memuat naik video dirinya sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Menerusi hantaran yang sama, Zarina memberitahu dia mengalami rasa sakit pada bahagian perut dan pinggang selepas melakukan aktiviti riadah dan sarapan pagi.
Isnin pagi macam biasa saya joging dan sarapan. Tiba-tiba sakit menyerang di bahagian perut dan pinggang.
Ingatkan angin sebab saya minum susu tapi makin lama, makin teruk sampai muka jadi biru.
Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu, selepas membuat pemeriksaan ternyata buah pinggangnya membengkak dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang batu karang.
Terus saya dikejarkan ke hospital dan CT Scan nampak batu karang pada bahagian kiri dan kanan buah pinggang sampai bengkak.
Sebelah kiri dah berjaya dikeluarkan tinggal sebelah kanan lagi. Selepas dua minggu kena datang semula untuk buang.
Dalam pada itu, pelantun lagu Langit Ketujuh itu juga seakan tidak percaya apabila segalanya berlaku dengan pantas.
Betapa cepat berlaku sampai saya sendiri tak percaya. Dalam masa beberapa jam saja semua benda ini berlaku.
Kun faya kun. Benar kehendak Allah itu tiada yang mampu melawan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet mendoakan agar kesihatan Zarina pulih semula.
Sumber: IG Sharifah Zarina