![[VIDEO] Sharifah Zarina Kongsi Momen Menyentuh Hati, Warga Emas Jadi Contoh Untuk Jaga Solat](https://media.ohbulan.com/2025/05/SZ.jpg)

Penyanyi Sharifah Zarina berkongsi pengalaman bersama seorang warga emas yang menyentuh hati semasa berada di dalam kapal terbang.
Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Rasa Janggal Beraya Di KL, Mahu Jimat Kos Untuk Tunai Haji – ‘Raya Setiap Tahun Ada, Tapi Haji Saya Rasa Inilah Peluangnya’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sharifah Zarina Seperti Sedang Bertawaf, Khayal Kesan Ubat Bius – ‘Hati Dekat Dengan Allah’
Utamakan solat
@realsharifahzarinaWaktu tidak pernah tidak mengizinkan. Terserah kita? dreams, books, power and walls – JANNABI
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan berkata, dia ditanya jam puku berapa oleh seorang warga emas.
Pertanyaannya itu membuatkan dirinya tersentuh apabila individu itu terus mengangkat takbir untuk menunaikan solat apabila diberitahu sudah pukul 6:00 pagi.
Waktu tidak pernah tidak mengizinkan.
Terserah kita.
Video berdurasi selama 16 saat itu meraih lebih 300 ribu tontonan di TikTok yang turut tersentuh dengan warga emas itu yang menjaga hubungan dengan Allah.
‘Nak nangis boleh tak?’




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesan dengan perkongsian Zarina yang menyedarkan kepentingan untuk solat walau di mana sahaja kita berada. Selain itu, warganet turut mendoakan agar urusan warga emas tersebut dipermudahkan.
Sumber: TikTok @sharifahzarina








