berita

[VIDEO] Sharifah Zarina Yang Nyanyi Sumbang, Anak Kena Serang Dengan Netizen – ‘Benda Tak Ada Kaitan Dengan Aku’

November 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

anak sharifah zarina

Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina iaitu Athalia Deena Baswani menyelar tindakan segelintir warganet yang bertindak menyerangnya dengan kritikan yang melampau gara-gara ibunya didakwa menyanyi sumbang.

Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Tak Kisah Kena Kecam Nyanyi Lagu ‘Dawai’ Sumbang, Netizen Usik – ‘Jom Masuk PLKN Practise’

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Netizen Kecam Sharifah Zarina Nyanyi Lagu Dawai Sumbang – ‘Terus Pergi Langit Ketujuh, Shaky & Pancit’

Kecaman melampau

anak sharifah zarina

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Athalia yang juga merupakan personaliti media sosial mendedahkan bahawa dia dihujani dengan kecaman daripada warganet malah ada yang bertindak mengungkit kembali kontroversi yang pernah tercetus dahulu.

Saya terkejut juga orang tag saya dekat TikTok, apa yang saya tak faham manusia yang tag itu ‘body shaming’ dan nak buka balik cerita kecaman yang dulu..

Benda tak ada kaitan dengan aku korang libatkan aku. Cakap itu ini macam korang kenal sangat aku, kenal sangat famili aku..

Bagaimanapun, Athalia tetap berasa bangga dengan ibunya yang berani untuk muncul kembali di atas pentas setelah sekian lama menyepi dari industri seni.

Saya tahu usaha ibu saya untuk rancangan tersebut dan saya sangat bangga dengan dia. Mama dah lama senyap dalam industri disebabkan anak-anak.

Tapi saya sebagai anak Mama saya bangga dia ada keberanian untuk keluar buat persembahan depan orang ramai.. dengan pentas besarnya lagi setelah sekian lama.

Saya yang selalu buat persembahan pun saya masih rasa takut ketika di atas pentas dan gementar.

Dalam masa yang sama, gadis ini sempat meninggalkan nasihat kepada warganet supaya menjaga adab dan budi bahasa ketika meninggalkan komen.

Netizen yang nak kecam tu tolonglah jangan tag saya, jangan ‘body shaming’, atau cakap benda-benda negatif dan jangan berlebihan.

Terdahulu, Sharifah Zarina hebat dikecam warganet ketika mempersembahkan lagu popular dari Indonesia yang berjudul Dawai.

@officialathalia

Replying to @Lypophrenia grammar yg nk comment pon? #fyp #tiktokmalaysia

? original sound – Athalia? – Athalia?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×