berita

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Tegur Pembaca Berita Salah Sebut Nama Penuh – ‘Sharnaaz Atau Nama Sebenarnya Ahmad Basir Ahmad’

November 18th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

sharnaaz pembaca berita

Pelakon dan usahawan Sharnaaz Ahmad menegur kesilapan pembaca berita, Selangor TV yang salah menyebut nama penuhnya ketika melaporkan berita mengenai kes cedera ‘pak guard.’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Memijak, Menendang Perut, Mencekik Ataupun Menumbuk’ – Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: ‘Ini Soal Reputasi & Perjalanan Karier Saya’ – Sharnaaz Tak Nak Buat Perangai Lagi

Sebut nama salah

Menerusi laman X, Sharnaaz, 38, meluahkan rasa kesal apabila nama sebenarnya disalah sebut oleh pemberita lelaki tersebut.

Dey nama aku dah betul. Nama sebenar apanya.. Dah la nama, hang sebut salah.

Berdasarkan video yang dimuat naik di akaun X @Media Selangor, pembaca berita itu hanya menyebut nama bapa Sharnaaz iaitu Datuk Basir Ahmad.

Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini (Jumaat) melepas dan membebaskan pelakon Sharnaaz Ahmad daripada pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada Jun tahun lalu.

Keputusan berkenaan dibuat selepas pihak pendakwaan menerima representasi dikemukan Sharnaaz atau nama sebenarnya Ahmad Basir Ahmad kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Terdahulu, dalam prosiding hari ini, Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim memerintahkan pelakon itu dilepas dan dibebaskan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid mewakili Sharnaaz memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi yang dihantar pada 2 Mei lalu untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar Sharnaaz selaku Orang Kena Saman (OKS) diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Wan Azmir berkata, satu representasi dihantar kepada pendakwaan dan pendakwaan memaklumkan bahawa pihaknya ingin menarik balik pertuduhan terhadap Sharnaaz.

Dalam kes ini, pengadu menarik balik kes ini dan laporan polis berhubung penarikan kes dibuat. Oleh itu saya pohon satu keputusan DNA perlu diberikan kepada Sharnaaz.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal mengesahkan perkara itu.

Pada 18 Januari lalu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Pelakon drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro & X

SKIP THIS AD ×