Penyanyi dangdut Sheeda dan suaminya hadir ke istiadat konvokesyen Allahyarhamah anak mereka, Nurfazlinda Ahmad Fazli baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Keadaan Sheeda Masih Tak Stabil Selepas Pemergiaan Anak Ketiga Akibat Kanser Hati – ‘Mama Sangat Rindu Alin’
Artikel Berkaitan: Muncul Dalam Video Dengan Bienda, Waheeda Bakal Buat ‘Comeback’ Selepas Lebih 10 Tahun Menyepi??
Konvo arwah
@ahmadfazlimohammad Konvo Tanpa Arwah Puteriku. Semoga Allah Merahmati Allahyarhamah Nurfazlinda Ahmad Fazli #InspirasiChannelz #FazliMohammad #MyTimesMy @sheedadangdutofficial @Yufaz?? @Bienda Lavienda
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, suami kepada Sheeda iaitu Ahmad Fazli Mohammad mengucapkan rasa syukur dengan kejayaan arwah anaknya itu.
Berat kaki melangkah, namun inilah ujian. Konvo tanpa puteriku.
Alhamdulillah, hari ini merupakan detik bersejarah..pahit atau manis hanya tuhan sahaja tahu.
Meskipun masih lagi terkesan dengan pemergian arwah Nurfazlinda, namun pasangan itu amat berbangga dengan puteri mereka.
Tetapi sebagai seorang bapa dan ibu, kami tetap bangga walaupun dalam kesedihan.
Walaupun kami tak dapat melihat kelangsungan hidup dia selepas kejayaan ini.
Di hari konvokesyen, seperti mana hasratnya..kalau dia tak ada, ibu bapanya ada. Semoga Allah merahmati anak kami.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan mengucapkan tahniah di atas pencapaian arwah.
Terdahulu, arwah yang juga adik kepada penyanyi Bienda itu meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi 28 Mac lalu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.
Sumber: TikTok Ahmad Fazli