Penyanyi, Shila Amzah memaklumkan dirinya masih belum bersedia untuk berjumpa dengan ibunya, Fauziah Sarman selepas berlaku konflik yang membabitkan keluarga mereka beberapa bulan lalu.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Temui Kegembiraan Bersama Ubai – ‘Bukan Semua Lelaki Sama & Saya Berhak Untuk Bahagia’
Artikel Berkaitan: Hati Shila Amzah ‘Mendidih’ Ada Individu Berstatus Ibu Keluarkan Kata-Kata Jahat? – ‘Jaga Lisan, Awak Juga Ada Anak’
Belum bersedia jumpa
Ketika ditemui OhBulan!, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata dia kini hanya mahu memberikan fokus pada bayi dalam kandungan dan mengelakkan diri daripada melakukan hal yang boleh menganggu emosinya.
Saya dan keluarga macam itu sahaja keadaan kami, tiada penambahbaikan mahupun lebih buruk. Saya mengambil langkah mendengar nasihat suami untuk fokus pada diri sendiri dan anak dalam kandungan.
Saya tidak mahu stress. Maklumlah mengandung di usia 30-an memang perlukan ketenangan dan emosi perlu dijaga. Saya ada kawan-kawan yang apabila mereka stress, kandungan tidak menjadi. Saya trauma dengar cerita kawan.
Saya setiap hari fikir jangan pergi dulu (jumpa mama), uruskan nanti. Walaupun orang kata sekarang ini bulan baik (Ramadan) untuk perbaiki apa yang sepatutnya. Tetapi sejujurnya hati saya masih belum bersedia untuk berjumpa. Mesej itu ada, cuma sangat jarang.
Shila berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Astro Raya 2024 yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Sementara itu, disoal mengenai perancangan berkumpul bersama keluarga pada Syawal ini, Shila menjawab dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah.
Raya nanti saya hanya mahu fokus pada bayi dan keluarga kecil saya. Minta doakan yang baik-baik daripada semua orang. Saya tidak mahu cakap lebih, yang pastinya apa yang terjadi sebelum ini ada hikmah di sebaliknya.
Andai kata mama dan Syada mahu datang beraya ke rumah saya sentiasa terbuka menerima. Tetapi untuk kata saya ada inisiatif sendiri berjumpa mereka itu setakat ini tidak lagi.
Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, kehidupannya kini bertambah baik apabila dia menyekat segala perkara yang disifatkan sebagai toksik.
Bagaimanapun isteri kepada pempengaruh Ubai MZ itu berkata, tanggungjawab sebagai anak terhadap ibunya tidak diabaikan.
Buat masa sekarang ini apa-apa kemungkinan yang boleh buat saya stress atau toksik memang saya elakkan. Kehidupan saya jauh lebih tenang apabila saya elakkan perkara toksik.
Tanggungjawab saya sebagai anak sentiasa berterusan. Saya sudah jalankan tanggungjawab saya sewajarnya pada setiap bulan. Sekadar dan semampu yang saya boleh berikan. Kalau bukan secara fizikal tetapi perkara lain.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai hantaran dimuat naik Fauziah di Instagram yang meluahkan rasa rindu terhadap anak Shila iaitu Seth Uwais, penyanyi itu hanya tersenyum.