Nyanyian penyanyi terkenal Malaysia, Shila Amzah ketika membuat persembahan sempena Tahun Baharu Cina, di The Londoner, Macau baru-baru ini, telah menarik perhantian ramai.
Persembahan Shila di Macau
@shilalas_united Shila Amzah hit high notes so effortless while she forgot she pregnant ??? Show In Macau, Hong Kong ?? #shilaamzah #shilalasunited #fyp #fyp? #fypage? #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #foryourpage #fy #stream #likes #Comment #view #copylink #support #maca #hongkong @ShilaAmzah ? original sound – Shilalas United
Selain suami Shila iaitu Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, para peminat di Malaysia juga akui kagum dan berbangga melihat persembahan Shila. Mereka turut memuji Shila yang mampu membawa lagu bernada tinggi meskipun dirinya kini sedang berbadan dua.
Namun tidak kurang juga ada ‘suara-suara’ yang mula membanding-bandingkan vokal yang dilontarkan Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah dengan penyanyi, Aina Abdul. Menerusi komen yang ditinggalkan, individu terbabit mendakwa vokal Shila jauh lebih baik jika dibanding dengan Aina yang didakwa vokal high pitch agak kasar.
Susulan daripada itu, ada dalam kalangan wargamaya tampil ‘back-up’ penyanyi kesayangan masing-masing. Mereka berpendapat, tidak manis jika membandingkan nyanyian Shila dan Aina, kerana setiap daripada mereka mempunyai bakat dan keupayaan sendiri.
Komen wargamaya
Sumber: TikTok