berita

[VIDEO] Shuib Bagi ‘Hint’ Akan Kembali Dalam Sepahtu Reunion? – ‘Itu Adalah Karya Terbaik Yang Pernah Saya Ada’

March 29th, 2024 | by Alia
Kini Trending

shuib sepahtu

Pelawak Shuib tidak menolak andai diberikan peluang dan rezeki untuk kembali beraksi dalam rancangan Sepahtu Reunion.

Artikel Berkaitan: Peminat Terubat Rindu Lihat Foto Shuib & Mamat -‘Next Jep, Harap Sepah Buat Comeback & Lupakan Sengketa’ 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sebak Akhirnya Hasrat Tercapai, Bertemu Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi – ‘Dia Cuma Senyum Tengok Saya’

Karya terbaik

shuib sepahtu

Menerusi podcast bersama Borak Kaypoh, Shuib menyatakan bahawa dia tidak ada sebarang masalah untuk menyertai rancangan Sepahtu Reunion semula andai itu adalah ketentuan yang sudah tertulis.

Bagaimanapun, Shuib tetap menyerahkan semuanya kepada takdir.

Kehidupan ini penuh dengan kejutan, kita tak tahu. Keputusan yang saya buat dulu mungkin saya rasa ianya adalah keputusan yang mutlak dan betul tapi saya tak tahu ke depan apa yang Allah nak sajikan untuk saya.

Jadi saya akan menerima apa yang Allah sajikan untuk saya. Selagi mana benda itu saya rasa ada kebaikan untuk saya dan mungkin Allah berkehendak begitu, saya akan ikut.

Dalam pada itu, pelawak berusia 39 tahun ini mengakui rancangan tersebut merupakan hasil karya terbaik yang pernah dilakukannya sepanjang bergelar pelawak.

Kalau katalah suatu hari saya ada di Sepahtu Reunion balik, saya mungkin akan rasa seronok.

Saya ada dalam industri sudah 12, 13 tahun. Saya rasa itu adalah buah tangan atau karya yang terbaik pernah saya ada.

Bila saya sendiri..saya tahu tak menjadi, tempang juga nampaknya. Saya terima kenyataan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap Shuib dapat kembali ke rancangan tersebut.

Malah mereka juga rindu melihat aksi jenaka Shuib dan Jep di atas pentas yang sama.

Jep dan Shuib adalah duo paling maut. Harap keduanya boleh berbaik balik.

Kelakar Jep tak bersahaja kalau tak ada Shuib. Shuib memang dah bagi hint sangat tu, dah dua podcast asyik sebut ni.

Moga ada sinar buat Shuib dan Jep suatu hari nanti. Rindu persahabatan mereka.

Sebelum ini, Shuib difahamkan telah bertindak untuk menarik diri dari rancangan tersebut berikutan lakonan salah satu babak yang didakwa ada aksi lucah sehingga menerima kecaman ramai.

@yinkwangsoo

FULL PODCAST(YT:KAYPOH) #jep #jepsepahtu #shuib #shuibsepahtu #jeptapan #tapantakgila #rahim #rahimsepahtu #pakyasepahtu #pakya #ilyabuang #ebbyyus #ebbyyussepahtu #sepahtu #sepahtureunion #sepahtureunionlive #jeplive #jepsari #sarijep #sariyantijep #jepsariyanti #lawakmalaysia #lawak #sultan #live #random #lawakmalaysia #lawak #viral #trending #fypage #fyp? #fyp #fyp??viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok  #friends #friendship #fyp? #fyp #fyp??viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok #beranda #berandatiktok #xyzbca #yinkwangsoo #yin #pelawak #pelawakmalaysia #penghibur #penyanyi #pelakon #sepah #kumpulansepah #sahabat #pakciknasilemak #comedian #komedi #xyzbca #dontletthisflop #dontflop #youtube #yt #podcast

? original sound – YIN???? – YIN????

Sumber: YouTube Borak Kaypoh

SKIP THIS AD ×