Seperti yang diketahui, pelawak dan usahawan iaitu Shuib ketika ini sedang berada di Makkah bersama ahli keluarganya bagi mengerjakan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: Shuib Mohon Doa Orang Ramai, Tunai Umrah Bersama Keluarga – ‘Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tak Terlepas Dari Dosa’
Syukur dapat cium Multazam
@shuibsepahtuSubhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Diizinkan lagi memeluk dan mengucup Multazam.Umrah kali ini cukup berbeza suasananya.Aku datang dgn penuh harapan dan doa,datang untuk mengadu kasih pada mu Ya Allah,terlalu banyak masalah dan kesempitan yg dilalui dan aku terlalu byk dosa Ya Allah. Ampun aku Ya Allah,Makbulkan lah segala doa2 ku Ya Allah.? PadaMu Ku Bersujud – dzaqrazky
Terbaharu, pemilik nama Shahmira Muhammad berkongsi momen dirinya dapat mencium batu Multazam meskipun perlu bersesak dan berebut dengan ribuan jemaah yang lain.
Di ruangan kapsyen, bapa kepada empat orang anak meluahkan rasa syukur kerana dapat memeluk dan mengucup Multazam yang merupakan salah satu tempat mustajab untuk berdoa bagi orang Muslim.
Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar.
Diizinkan lagi untuk memeluk dan mengucup batu Multazam.
Tambah Shuib, ibadah umrah yang dilakukan kali ini sedikit berbeza dan berharap agar segala dosa-dosanya diampunkan Allah SWT.
Ibadah umrah kali ini cukup berbeza suasananya.
Aku datang dengan penuh harapan dan doa, datang untuk mengadu kasih padaMu.
Ya Allah, terlalu banyak masalah dan kesempitan yang dilalui dan aku terlalu banyak dosa.
Ampun aku Ya Allah, makbulkan lah segala doa-doaku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat momen tersebut dan memaklumkan betapa beruntungnya Shuib untuk memeluk dan mengucup batu Multazam itu.
Netizen juga mendoakan agar segala hajat yang dipanjat Shuib dimakbulkan Allah SWT.
Komen netizen
Sumber: TikTok Shuib