Pelawak Shuib dan pempengaruh CEO Helmie dilihat masih lagi bercakaran dengan membalas kenyataan masing-masing di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Kau Buka SSM Tengok Pemegang Saham Terbesar Nama Dia Shahmira Muhamad’ – Shuib Berang Dengan CEO Helmie

Artikel Berkaitan: [VIDEO] CEO Helmie Masih Berani Usik Shuib, Suruh Ambil Cuti Kalau Stres – ‘Balik Rumah Minta Isteri Jaga Kesihatan’

Shuib ada info

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberitahu bahawa dia mengetahui beberapa info peribadi mengenai CEO Helmie.

CEO Helmi ini, saya sudah ada alamat dan nombor telefonnya.

Ada orang cakap dia ni suka berpindah randah, dah macam gelandangan. Kata CEO.

Tahu alamat CEO Helmie

shuib mesin

Dalam masa yang sama, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu berkata, dia juga mempunyai maklumat tentang kediaman terkini pempengaruh tersebut.

Tapi saya tahu tempat terkini dia duduk dekat mana.

Jadi saya harap CEO Helmie mungkin boleh tidur dengan nyenyak. InsyaAllah, jangan risau.

Terdahulu, Shuib meluahkan rasa berang apabila CEO Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera. Shuib juga menafikan dirinya menjadi mangsa keadaan atau ‘kambing hitam’.

Bagaimanapun, pempengaruh berkenaan dilihat masih lagi aktif memuat naik video tentang Shuib meskipun pelawak tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang telah merosakkan reputasinya.

Sumber: TikTok