Foto: Tangkap layar video
Perkongsian video yang memaparkan orang ramai dipercayai warga asing yang sedang beratur panjang bagi menunggu giliran mendapatkan vaksin dikongsi seorang doktor dikenali sebagai Umirah Taib di laman Instagram, meraih pelbagai respon.
Rata-rata netizen meluahkan rasa risau jika berlakunya pertambahan kes Covid-19 berikutan kegagalan orang ramai untuk patuh akan prosedur operasi standar (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan .
Macam mana kes nak turun?
Menerusi video yang dikongsi, Doktor Umirah Taib dan suaminya cuba meminta orang ramai untuk menjaga penjarakan fizikal antara satu sama lain. Warga asing tersebut dilihat beratur secara dekat dan sama sekali tidak menjaga jarak sebanyak satu meter seperti mana yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.
Difahamkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Rumah Prihatin Hotel Grand Season, berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ujar Doktor Umirah Taib lagi, mereka (warga asing) tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa dan perlu diuruskan dengan sebaik mungkin bagi menerima vaksin.
Jika warga asing dibenarkan bekerja di kilang, maka uruslah mereka sehingga ke akhirnya. Penerimaan vaksin untuk mereka sebaiknya dilakukan setempat, seeloknya diberi terus di tempat kerja. bukan membiarkan mereka terkotak katik begini. Mungkin ramai di antara mereka yang tak faham atau degil tetapi mungkin pihak atasan ada cara lebih baik untuk aturkan semua ni mengikut SOP? Ramai yang rela jadi sukarelawan untuk tolong urus semua ni, saya yakin ramai!
Berbicara lebih lanjut, kegagalan warga asing yang gagal mematuhi SOP secara tidak langsung akan meningkatkan kes harian Covid-19 di negara kita.
Dengan membiarkan warga asing bercampuran latar belakang dan bidang sebegini, akan munculkan lagi kes kes terpencil bermula dari supermarket, masjid, atau dari mana mana sahaja kerana kita semua tak tahu ke mana pergerakan mereka setelah selesai semua ini.
Dan jika memang mereka bukan satu warganegara yang sama, dan mungkin kita tak punya belas kasihan kepada mereka, tetapi mereka tetap menyumbang kepada kes & statistik Covid di Malaysia. Mangsa seterusnya adalah mungkin di antara mana-mana ahli keluarga kita pula.
Sumber: Umirah Taib