berita

[VIDEO] Siap Serang Pakai Itik! Aksi Lucu Rakyat Indonesia Lawan Kerajaan Tarik Perhatian

October 11th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sejak Isnin lalu, viral di media sosial apabila rakyat Indonesia melancarkan protes besar-besaran sehingga ada penunjuk perasaan cedera kerana bertempur dengan pasukan keselamatan. Tunjuk perasaan ini menyasarkan beberapa kawasan utama termasuk Istana Presiden dan Kompleks Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta Pusat.

Artikel Berkaitan : Baling ‘Bom Tangan’, Bakar Harta Awam, Rakyat Indonesia Merusuh Bantah Undang-Undang Tenaga Kerja

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi lucu segelintir rakyat Indonesia ketika demonstrasi dijalankan. Macam-macam ragam sampai berdekah kami gelak!

Sepatu siapa oi?

Puluhan ribu penunjuk perasaan adalah dari kalangan pelajar dan pekerja bawahan menyertai demonstrasi tersebut di kebanyakan bandar besar kerana menolak Undang-Undang Cipta Kerja yang diluluskan Parlimen Indonesia. Majoriti membantah undang-undang Omnibus itu dilaksanakan kerana didakwa menafikan banyak faedah serta kepentingan untuk golongan pekerja.

Mak aku masuk TV!

Protes yang berlarutan selama empat hari sehingga semalam menyaksikan hampir 13,000 anggota polis terpaksa dikerah di tengah Jakarta, namun ia masih gagal menghalang kemaraan kumpulan penunjuk perasaan tersebut.

Pelbagai aksi protes ditunjukkan di laman Tiktok dan segelintir peserta protes membakar balai polis dan memusnahkan harta benda awam hingga menyebabkan asap tebal menyelubungi sekitar ibu negara.

Siap edit tugu haha!

Tak kurang juga yang kongsi aksi-aksi lucu ketika demokrasi dijalankan sehingga berjaya membuatkan ramai terhibur. Malah ramai rakyat dari Malaysia menyokong tindakan mereka.

Mak panggil balik!

@thenkckBalas @bizzy124? original sound – @teww_13 – teww_13

Lebih menghiburkan apabila ada  seorang pelajar berbaju hitam didatangi oleh seorang ibu dengan gaun merah. Ibu dengan gaun merah itu menarik bahu anaknya sambil menolaknya keluar dari kumpulan pelajar yang sedang berdemonstrasi.

Bawak itik serang pasukan keselamatan

Video paling ‘win’ setakat ini adalah aksi seorang individu sanggup membawa beberapa ekor itik yang diikat di atas motosikalnya sebelum menyerang pihak pengawal keselamatan. Walaupun dilihat tak logik, namun aksi itu sekaligus ramai tak kering gusi melihatnya. Lawak betul rakyat Indonesia ini!

Sumber : Bang Jago

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×