Gelagat anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Bersuara Selepas Dikecam Pelat & Tak Fasih Bahasa Melayu – ‘Bagi Saya, Cara Bercakap Itu Normal’
Artikel Berkaitan: ‘Badan Saya Kelihatan Seperti Mak Kepada 5 Orang Anak?’- Leona
Boleh jadi isteri
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Leona dilihat sedang menuang sedikit kicap manis ke dalam mangkuk sebelum menjamah juadah yang disediakan sendiri olehnya.
Leona kemudian memuji masakannya setelah menikmati suapan yang pertama.
Kita letak sedikit (kicap manis).
Oh my god! Siapa masak ni? Saya yang masak ni!
Gadis berusia 22 tahun itu kemudian secara berseloroh berkata dia kini sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri.
Saya boleh jadi isteri, siapa nak kahwin dengan saya? Datang sini melamar saya.
Hantaran saya RM10 juta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat Leona dan menyukai setiap konten yang dimuat naik kerana dapat menghiburkan mereka dengan aktiviti hariannya sepanjang berada di luar negara.
Ini reaksi semua perempuan setiap kali dia masak sedap.
Saya rasa saya suka vibe dia yang low profile macam ni, buat kita macam ‘close friends’ dia pula. Hari-hari content random.
Sebenarnya yang membuatkan dia ni comel sebab dia jadi diri dia sendiri, dia tak buat-buat dan sejenis yang tak fake.
Sekadar info, pada tahun 2022, Leona telah terbang ke London, United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti.
@leonathe2nd
Sumber: TikTok Leona