Baru-baru ini tular pendedahan yang dibuat bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mengenai hubungan percintaan mereka yang sudah pun terjalin selama lima hari.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Lompat Keriangan, Umum Kembali Bercinta Dengan Adira? – ‘Hari Ini Hari Kelima Kami Couple’
Dah masuk hari keenam
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal ? TITAT TITUT – YURIN??
Terbaharu, tular pula satu potongan video memaparkan Datuk Red dan Adira yang sedang menjual gincu bersama-sama menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Menerusi potongan video tersebut, pemilik nama Datuk Seri Adnan Abu ini memaklumkan hubungan percintaan mereka sudah pun masuk hari yang keenam.
Maka hari ini (23 Julai 2024), saya isytiharkan, fuh berat nak cakap.
Saya ‘couple’ dah enam hari dah, yang mana yang janji nak bagi masa hari ketujuh ‘standby’ ya, saya tuntut.
Gelagat Datuk Red yang secara spontan memaklum perkara tersebut di hadapan para pengikut TikTok sekali lagi membuatkan Adira ketawa terbahak-bahak mendengarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat bekas pasangan suami isteri itu dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Imbas kembali, Datuk Red dan Adia mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dah sah bercerai talak satu pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Komen netizen
Sumber: TikTok putehhhx