berita

[VIDEO] ‘Siapa Yang Kentut Ni, Rayyan Ke?’ – Perbualan Ibu Anak Sebelum Kemalangan Ini Cetus Tawa

August 18th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Dua hari lepas viral kemalangan yang berlaku di jalan Tapah melibatkan dua buah kereta bertembung di lorong sempit dan curang itu. Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila salah sebuah kereta memotong secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah Rayyan kentut. Aik kes apa pula ini?

Kemalangan di Cameron Highland

Video berdurasi seminit memaparkan pertembungan dua buah kereta di jalan laluan Tapah ke Cameron Highlands. Rakaman itu dirakam menerusi dashcam sebuah kereta yang kebetulan berada di belakang kereta berwarna merah. Kemalangan itu berpunca apabila kereta merah memotong laluan satu hala sehingga bertembung dengan kereta di arah berlainan.

Rakaman video tersebut juga memaparkan aksi kedua-dua penumpang dalam kereta tersebut bergaduh besar. Walaupun tidak tahu apa terjadi selepas itu, namun rata-rata netizen menyalah kereta warna merah yang memotong secara melulu di laluan yang cukup sempit dan curam itu.

Rayyan kentut ke?

Namun yang menarik perhatian netizen adalah rakaman suara yang direkod dalam kereta tersebut yang didengari lucu. Seorang wanita sedang bertanyakan soalan kepada Rayyan yang dipercayai anaknya mengenai ‘kentut’.

Sebelum kemalangan tersebut, si ibu sempat menanyakan adakah Rayyan kentut. Persoalan tersebut menjadi tanda tanya ramai netizen yang rata-ratanya sempat ‘troll’ Rayyan. Betul ke Rayyan kentut?

Punca Rayyan kentut

Kereta merah elak kentut

Sumber : Azka Akwa

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×