Baling tepung dan telur boleh dianggap satu perkara yang sangat biasa dan sinonim dalam kalangan anak-anak muda setiap kali mereka ingin meraikan sesuatu sambutan.
Seperti perkongsian seorang lelaki di Twitter, dia dan beberapa orang rakan menyimbah kuah tomyam kepada salah seorang kawan mereka sempena hari terakhir bekerja. Namun siapa sangka, perbuatan yang dilakukan itu menjadi bualan hangat netizen dan mendapat kritikan yang padu.
Dikecam kerana simbah sisa makanan
#AWATNINews [VIRAL] ‘Air tomyam je pun, bukan kami kauk air tu dari lubang longkang’ Dikecam gara-gara muatnaik video rakan sekerja disimbah sisa makanan untuk rai hari terakhir, netizen digesa bersikap lebih terbuka dan kurang menghukum.
Kredit: @qymuck pic.twitter.com/bD5RJJ80Rh
— Astrol AWATNI (@501Awatni) January 27, 2020
Menerusi video yang berdurasi 0:44 saat, seorang lelaki kelihatan memegang sebekas kuah tomyam untuk membaling ke kawannya sambil dibantu oleh beberapa rakan lain. Menurut lelaki yang dikenali sebagai Blank, dia melakukan perkara tersebut sempena hari terakhir rakannya itu bekerja. Namun begitu, siapa sangka niat baik dan ingin kongsikan kegembiraan tersebut bertukar menjadi isu hangat apabila netizen meluahkan perasaan tidak gemar dengan perbuatan yang dilakukan.
Serious tak lawak!
Budaya kerja food and beverages
Pada masa yang sama, sesetengah netizen yang pernah bekerja di industri food & beverages memberitahu bahawa perlakuan sekumpulan lelaki tersebut dianggap normal kerana majoriti kedai makanan akan melakukan perkara yang sama dan ianya seakan menjadi budaya.