Minggu keenam program realiti Famili Duo menjadi bualan ramai selepas juri tetap, Mas Idayu memberi krtikan pedas terhadap persembahan lagu Jampi dalam irama keroncong yang dinyanyikan pasangan sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel.
Artikel Berkaitan: ‘Gaya Nyanyian Keroncong Naim Jelas’ – Bekas Pensyarah
Artikel Berkaitan: Bengang Dituduh Secara Memba** Buta, Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
Sissy terkejut
Pernah duduk di kerusi juri, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihati Sissy untuk tidak mudah berputus asa dan lebih bersikap terbuka.
Kata Siti, 44, ini adalah asam garam yang perlu dihadapi sepanjang terlibat dalam pertandingan.
Sissy jangan putus asa kerana dalam industri seni ini, itulah sepak terajang yang kita hadapi. Apalagi bila terbabit dalam satu pertandingan yang membenarkan diri kita dikritik dan ditegur walaupun kritikan itu pedih di hati.
Kita sepatutnya sedia maklum yang juri ada penjurian dan cara masing-masing dalam menegur.
Saya percaya waktu itu dia macam terkejut dan tak sangka. Insya-Allah, rasa jauh hati dan sakit hati itu akan berlalu dengan sendiri.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Malam Bulan Bintang di Boathouse Ampang, pada Rabu.
Konsert Malam Bulan Bintang yang bakal berlangsung pada 4 Mac 2023 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, bakal menampilkan barisan artis hebat antaranya Datuk M Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Sabyan, Opick dan Faizal Tahir.
Ada mata memerhati untuk komen
@ohbulanofficial Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihati Sissy untuk tidak mudah berputus asa ???????? #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #ctdk #nasihat #sissyiman #jangan #putusasa ? original sound – Ohbulan
Dalam pada itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan dirinya juga sudah berpesan kepada adik-beradiknya, Siti Saerah dan Siti Saida yang turut bertanding dalam program itu.
Saya pun awal-awal lagi sudah mengingatkan adik dan kakak saya supaya bersedia dan bertabah terutama dengan komen daripada juri.
Juri akan menegur, netizen juga akan bercakap. Jadi relaks sahaja. Janji kita perbaiki kelemahan dalam persembahan kita. Itu yang saya pesan pada mereka.
Pada Ahad lalu, Sissy menangis di atas pentas sejurus usai Mas Idayu kritik dan kemudiannya memuat naik status di Instagram memohon maaf kerana gagal memberikan persembahan terbaik.
Selain itu, pengacara berumur 28 tahun telah membuat keputusan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada 2 Februari 2023.