![[VIDEO] Siti Khadijah Dakwa Ada Artis Enggan Bekerjasama Tiga Tahun Lalu – ‘Nama Saya Got Tarnished’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/siti.jpg)
Pernah mengalami fasa sukar dalam industri seni, pelakon, Siti Khadijah mendakwa dirinya pernah berdepan situasi kurang menyenangkan apabila ada segelintir artis enggan bekerjasama dengannya untuk menjayakan sesebuah projek.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Berkata Lebih, Kita Pun Tak Tahu Bila Kita Kena’ – Siti Khadijah Halim
Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Tolak Babak Berkemban, Buat Permintaan Untuk Pakai ‘Cardigan’ – ‘Kalau Kena Pakai Seksi, Saya Minta Tukar’
Sedih
View on Threads
Menurut pemilik nama Siti Khadijah Abdul Halim, 29, kejadian itu didakwa berlaku sekitar tiga tahun yang lalu apabila pihak produksi memberitahu perkara tersebut.
Enggan mendedahkan nama naskhah tersebut, Siti mengakui berasa sedih apabila namanya dipangkah terlalu awal oleh segelintir artis walaupun mereka belum mengenali dirinya dengan lebih dekat.
Pihak produksi jumpa saya, dia kata ‘Siti, kami agak susah nak cari pelakon yang sesuai untuk awak. Ada segelintir artis tidak mahu bekerjasama dengan awak.
Saya sangat sedih. Saya menangis dengan teruk. Saya terfikir apa yang saya buat sampai orang tidak mahu bekerjasama dengan saya langsung.
Nama saya ‘got tarnished’, semua orang tak suka saya langsung.
Malah kata Siti, bukan sekadar namanya tercalar, artis yang didakwa enggan bekerjasama dengannya itu turut memburukkan dirinya baru-baru ini.
Saya berada di set penggambaran pada ketika itu, kemudian ada yang beritahu saya tentang artis tersebut, ‘Siti, awak tahu tak dia kata begini pasal awak?’
Saya hairan, sebab apa yang saya buat dekat dia? Saya emosi.
Jelas Siti, dia merupakan seorang yang mudah didekati dan seronok untuk berkawan.
Malah, dia menyifatkan mereka yang enggan berkawan dengannya sebagai satu kerugian.
Saya paling penat dan ‘noya’ dengan orang yang tidak kenal saya cakap buruk pasal saya.
Sebab saya rasa saya seorang kawan yang baik, pelakon yang okay walaupun tak bagus sangat tapi saya seorang yang seronok untuk bekerjasama.
Cuma orang tidak mahu bagi peluang untuk bekerja dengan saya dan mereka terus ambil tindakan untuk tidak suka saya jadi saya rasa rugi tak berkawan dengan saya.
Tetapi apabila orang itu sudah membuat keputusan untuk tidak suka dengan saya, saya tidak boleh buat apa.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
