Sering kali kita dengar lelaki yang memimpin ataupun yang mengetuai sesebuah organisasi.
Walau bagaimanapun, pandangan seorang doktor mengenai wanita mendapat tentangan hebat dari pelakon, Siti khadijah.
Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Pernah Terima Layanan Buruk Di Awal Pembabitan Sebagai Pelakon – ‘Dicampak Skrip, Dimaki Perkara Normal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Khadijah Fasih Berbahasa Inggeris, Netizen Tergamam Dengar Slang – ‘Beauty With Brain’
Jawapan doktor
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti mempersoalkan mengenai gaji wanita yang kurang berbanding lelaki mahupun kerja yang dibuat adalah sama.
Menurut doktor Shazif Othman, lelaki lebih tenang dalam membuat sesuatu keputusan.
Saya rasa dalam bidang kami, tiada isu tentang gaji.
Cuma kalau individu itu naik pangkat, kita akan tengok.
Saya rasa lelaki lebih berkemampuan, lebih tenang, dan boleh membuat keputusan dalam bidang kami.
Berkongsi lebih lanjut, Dr Shazif memberi kenyataan bahawa doktor wanita lebih beremosi berdasarkan pemerhatiannya.
Siti tak setuju
@maskulinmy Bagi anda pula, mengapa gaji lelaki lebih tinggi berbanding gaji wanita walaupun mereka melakukan kerja yang sama? #Maskulin #BorakGender #Lelaki #fyp ? swish_whoosh (large)(794558) – satak
Pada perkongsian tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu menentang kenyataan yang diberikan tentang wanita.
Ujarnya, wanita memiliki perasaan.
Kami ada perasaan.
Kalau macam itu, kenapa bukan lelaki yang jaga anak-anak?
Sumber: TikTok Maskulin