Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi pujian kepada Aina Abdul selepas berjaya mengajurkan konsert solo berskala besar iaitu A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil hujung minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Cukup Seorang Aina Abdul Mampu Tawan 10,000 Penonton! Ini 10 Momen Menarik ‘A Night With Aina Abdul 3.0’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta & Ziana Zain Jawab Tuduhan Dapat Tiket Percuma Pergi Konsert Aina Abdul – ‘Eh Come On Lah! Saya Tak Harap Free’
Siti puji Aina
Menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah hantaran yang dimuat naik Aina di Instagram, Siti memuji kesungguhan dan kerja keras yang dilakukan penyanyi berusia 30 tahun itu.
Tahniah Aina, bukti kesungguhan dan kerja keras.
Sementara itu, Aina dilihat membalas komen tersebut dengan ucapan terima kasih.
Komen tersebut turut menarik perhatian wargamaya sehingga menerima lebih 1,000 tanda suka.
Malah, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan Aina telah mendapat restu daripada Siti.
Terdahulu, Aina berjaya memukau hampir 10,000 penonton yang hadir menyaksikan konsert A Night With Aina Abdul 3.0.
Konsert yang berlangsung selama dua jam lebih itu menyaksikan sebanyak 34 buah lagu dinyanyikan dan antaranya Terus Hidup, Sepi, Jangan Mati Rasa itu serta banyak lagi.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram