![[VIDEO] Siti Nurhaliza Layan Gelagat Peminat Cilik, Siap Pelawa Jamu Selera – ‘Aunty Belanja, Pergilah Makan’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/siti-nurhaliza-3.jpg)
Momen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyantuni sekumpulan peminat ciliknya baru-baru ini telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terus Sorok Serunding Sebab Malu Makan Dalam First Class’ – Pramugari Kongsi Kisah Mencuit Hati Bertemu Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Titip Nasihat Wanita 40-an Kena Buat Senaman Weight Training, Gelagat ‘Random’ Di Threads Raih Perhatian
Peminat teruja
Menerusi hantaran di TikTok, kelihatan sekumpulan kanak-kanak lelaki mengintai Siti Nurhaliza yang sedang menjamu selera di sebuah restoran dan meminta tanda tangan daripada penyanyi nombor satu negara itu.
Budak-budak ini minta tanda tangan. Habis dikoyak buku.
Siti Nurhaliza kemudian mengambil gambar kenangan bersama kanak-kanak itu di luar premis makanan tersebut.
Paling menarik perhatian apabila pelantun lagu Anta Permana itu dengan spontan mempelawa kanak-kanak berkenaan menjamu selera dan berbesar hati untuk membayar makanan mereka.
Belajar rajin-rajin.
Sudah makan atau belum? Aunty belanja, pergilah makan.
Sekumpulan kanak-kanak itu dilihat sangat teruja dan mengucapkan terima kasih kepada Siti Nurhaliza kerana kemuliaan hatinya.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat telatah kanak-kanak tersebut yang sangat mencuit hati.
Dalam masa sama, mereka juga memuji pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, 47, itu yang disifatkan pemurah kerana berkongsi rezeki bersama peminatnya.
Sumber: TikTok








