Foto: Ctdk
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil kesempatan menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan kali ini dengan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Tunai Umrah Bersama Pengurus & Kakak Ipar, Pohon Doa Peminat
Luahan Siti di tanah suci
Foto: Ctdk
Perkongsian penyanyi lagu Kau Kekasihku itu menerusi siaran langsung media sosialnya di Makkah semalam ternyata mengundang sebak sehingga beliau menitiskan air mata.
Menurutnya, sudah lama dia tidak merasa kehidupan seperti orang biasa, apatah lagi menjadi insan kerdil di rumah Allah.
Seronok saya dapat kongsi bersama anda semua, pemandangan di Kaabah, suasana Makkah. Ni yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ni, buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
Duduk ramai-ramai macam ni, orang tak kenal saya pun. Masing-masing tengah berdoa yang terbaik, berebut.
Seronok, ini yang saya rindu-rindu sangat-sangat.
Alhamdulillah, Allah makbulkan, walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan.
Itu satu rahmat, walaupun berat hati nak tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga Aafiyah dan Afwa, jaga anak saya.
Jelasnya, dia bersyukur apabila Allah SWT memakbulkan doanya untuk kembali mengerjakan umrah.
Video penuh
View this post on Instagram
Jadi orang biasa itu sangat nikmat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat kehidupan Siti sebagai orang biasa ‘hilang’ sejak usia remajanya apabila bergelar artis.
Sumber: Ctdk